Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jan 18, 2016 | 07:43 AM



Iran alu-alu perjanjian nuklear dengan kuasa dunia


DUBAI: Presiden Iran Hassan Rouhani berkata perjanjian nukelar dengan kuasa-kuasa dunia ibarat satu lembaran emas bagi sejarah negara itu, sehari selepas sekatan ke atas republik itu digugurkan setelah Iran bersetuju dengan satu perjanjian yang meletakkan batasan kepada cita-cita nuklearnya.


Berucap di Parlimen semalam semasa membentangkan belanjawan negara itu, Encik Rouhani berkata perjanjian tersebut adalah detik penting dalam ekonomi Iran.


"Rakyat Iran telah mendekati dunia dengan tangan persahabatan demi meninggalkan sebarang rasa permusuhan dan syak wasangka, bagi membuka satu lembaran baru dalam hubungan Iran dengan dunia," kata beliau. - Reuters.



29 maut dalam serangan Al-Qaeda di hotel Burkina Faso


OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk 10 warga asing, terkorban, dalam serangan sebuah hotel mewah di Burkina Faso oleh kumpulan pengganas Al-Qaeda.


Serangan yang tidak diduga itu mencerminkan jaringan luas kumpulan ektremis itu.


Dalam kejadian lebih sejam kelmarin, tentera Burkina yang dibantu pasukan keselamatan khas Perancis bertempur dengan kumpulan militan termasuk dua militan wanita yang menyerbu hotel empat bintang - Splendid Hotel - yang popular dengan warga asing termasuk kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Kumpulan militan menculik lebih 100 tetamu dan kakitangan hotel sebagai tebusan.


Burkina Faso mengisytiharkan tiga hari berkabung menyusuli serangan itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >