Chew Mei Fun dari BN tanding di Kajang
KUALA LUMPUR: Sah! Datin Paduka Chew Mei Fun akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini. Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat BN petang semalam. - The Star.