Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekitar 100 maut dalam serangan bom trak bunuh diri di Iraq

Nov 25, 2016 | 09:35 AM



HILLA (Iraq): Letupan dar sebuah bom trak bunuh diri mengorbankan kira-kira 100 orang, sebahagian besar mereka jemaah Syiah Iran, di sebuah kedai minyak di bandar Hilla, 100km ke selatan Baghdad, pada Khamis (24 Nov), menurut polis dan sumber perubatan.



Agensi berita AFP melaporkan jumlah kematian lebih 70 orang, dengan menukil Encik Falah al-Radhi, ketua jawatankuasa keselamatan wilayah bagi Babel, tempat pengeboman itu berlaku.



Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), kumpulan militan Sunni tegar yang menganggap kaum Syiah murtad, mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu dalam satu kenyataan dalam talian.



Jemaah tersebut dalam perjalanan pulang ke Iran dari bandar Karbala di Iraq yang dianggap suci oleh kaum Syiah. Mereka ke sana bagi memperingati Arbain, iaitu hari berkabung ke-40 bagi pembunuhan Imam Hussein, cucu Nabi Muhammad saw, kata sumber perubatan.



Kedai minyak itu mempunyai sebuah restoran di premisnya yang popular dengan pelancong.



Lima bas jemaah terbakar akibat letupan dari trak sarat dengan bahan letupan itu, kata seorang pegawai polis.



Kementerian Luar Iran mengutuk serangan tersebut tanpa menyatakan jumlah korban.



Teheran akan terus menyokong Iraq dalam "perjuangan tidak henti-henti menentang pengganasan", kata jurucakap kementerian itu, Encik Bahram Qasemi, lapor agensi berita Tasnim.



Pegawai Amerika Syarikat, yang sedang memimpin pasukan perikatan dalam operasi merampas semula Mosul, kubu kuat ISIS, di Iraq, mengutuk serangan itu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >