LOS ANGELES: Sebuah sekolah di California telah menarik balik buku tahunannya selepas tersilap mengenal pasti seorang pelajar Muslim sebagai 'ISIS', singkatan bagi kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria.
Pegawai Sekolah Tinggi Los Osos di Rancho Cucamonga menyedari kesilapan itu selepas pelajar tersebut, Cik Bayan Zehlif, memuat naik gambar buku tahunan itu di laman Facebook peribadinya, yang menunjukkan beliau tersenyum dengan memakai hijab.