WASHINGTON: Ketidaktentuan dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat bulan depan kini menjejas beberapa sektor perniagaan di negara ini, menurut dapatan tinjauan Lembaga Simpanan Federal Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Beige Book semalam.
Tinjauan itu yang mengumpulkan pandangan pakar-pakar ekonomi, perniagaan dan yang lain dalam 12 daerah Simpanan Federal, berkata kebanyakan kawasan dalam ekonomi terbesar di dunia itu kini terus berkembang pada "kadar sederhana".