ISLAMABAD: Sekumpulan orang bersenjata menyerang sistem radar lapangan terbang di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, awal pagi semalam mengakibatkan seorang jurutera penerbangan terbunuh.
Jurucakap Penerbangan Awam Pakistan, Encik Pervez George, mengesahkan serangan ke atas sistem radar di lapangan terbang Jiwani, sekitar 980 kilometer dari Quetta, ibu kota wilayah tersebut.