MANADO: Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban dan lagi 40,000 terpaksa berpindah selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat dan kejadian tanah runtuh di Sulawesi.
Enam daerah dan bandar di wilayah Sulawesi Utara terjejas, dengan bandar Manado merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Menurut para pegawai keselamatan, air sungai melimpah ruah dan menyebabkan bandar Manado serta kawasan sekeliling ditenggelami air.
Jurucakap agensi bencana negara, Encik Sutopo Purwo Nugroho menyifatkan banjir kilat yang berlaku sangat "teruk".
Angka korban dijangka meningkat memandangkan hujan lebat diramalkan berterusan sepanjang dua tiga hari mendatang. - AFP.