Sekurang-kurangnya 14 cedera dalam letupan bom tangan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 14 orang, termasuk dua wanita, cedera selepas sebuah bom tangan meletup di hadapan Sun Complex di Jalan Bukit Bintang, pagi tadi.

Berita Harian Malaysia berkata, polis telah mengesahkan antara mereka yang cedera adalah pelancong Singapura, Thailand dan China.

Polis berkata, mereka menerima maklumat tentang letupan itu di luar sebuah pub sekitar 4.30 pagi, lapor akhbar The Star.

Empat kereta rosak dalam letupan tersebut.

Timbalan ketua CID bandar, Penolong Pesuruhjaya Khairi Ahrasa, berkata kumpulan samseng mungkin bertanggungjawab menyebabkan letupan tersebut, tetapi pihak polis sedang menyiasat semua kemungkinan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.