Sekurang-kurangnya 19 maut dalam serangan militan di Somalia

MOGADISHU: Militan kumpulan Shebab Somalia membunuh sekurang-kurangnya 19 orang apabila lima lelaki bersenjata meletupkan bom sebelum menyerbu sebuah restoran tepi laut popular di ibu negara Mogadishu, kata polis pada Jumaat (22 Jan).

"Mereka membunuh hampir 20 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata seorang pegawai polis Somalia, Encik Mohamed Abdirahman, yang menyifatkannya sebagai "serangan kejam dan kejam terhadap orang awam yang tidak bersalah".

Selepas satu letupan besar, lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam restoran itu pada petang Khamis sedang pengunjung duduk untuk makan malam.

Empat lelaki bersenjata itu dibunuh, sementara seorang ditangkap.

Kumpulan Shebab, yang ada kaitan dengan militan Al-Qaeda, telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. -AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.