YANGON: Pasukan keselamatan di barat Myanmar didakwa membunuh sekurang-kurangnya 40 penduduk Muslim Rohingya minggu lalu dalam kejadian penghapusan etnik terbaru sejak berakhirnya pemerintahan junta di negara itu pada 2011.
Dakwaan itu dibuat oleh badan hak asasi kemanusiaan, Fortify Rights, yang berpangkalan di Bangkok, berdasarkan kenyataan saksi dan sumber-sumber lain.
Turut menjadi mangsa ialah golongan wanita dan kanak-kanak.
Dalam satu kenyataannya, Fortify Rights berkata:
"Angka korban yang sebenar mungkin lebih tinggi tetapi maklumat sukar disahkan ekoran sekatan pihak berkuasa untuk memasuki kawasan itu." - Reuters.