Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya tiga bot Malaysia ditahan Indonesia dalam tikai perikanan terkini

Apr 19, 2016 | 12:17 PM



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga bot nelayan Malaysia ditangkap pihak berkuasa Indonesia, mencetus bantahan dari Kuala Lumpur mengenai pelanggaran persefahaman antara dua negara itu.

Ia kes terbaru dalam pertikaian yang semakin meningkat mengenai bekalan ikan yang kian berkurangan di rantau ini.

Kementerian Luar Malaysia berkata dalam satu kenyataan pada Selasa (19 April) bahawa "tangkapan itu mungkin berlaku di perairan Malaysia".

"Penangkapan itu tidak sejajar dengan pemahaman yang dicapai antara Malaysia dan Republik Indonesia dalam menangani insiden berkaitan perikanan," katanya.

Ia menambah bahawa Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah membangkitkan perkara itu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Encik Retno Marsudi.

Duta Malaysia di Pekanbaru telah pergi ke Batam untuk memastikan kesejahteraan kapten bot nelayan tersebut, kata kenyataan itu.

Pada Ahad, Malaysia menahan dua bot nelayan Indonesia, sambil mendakwa ikan seberat 550 kg ditemui di atas kapal itu.

Pada petang hari yang sama, tentera laut Indonesia menahan sebuah bot yang diketuai oleh seorang warga Singapura kerana didakwa menangkap ikan di perairan Indonesia tanpa kebenaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >