Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban, 61 cedera menyusuli gempa bumi di Osaka

Jun 18, 2018 | 12:32 PM



TOKYO: Sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, terkorban manakala ramai lagi cedera dan dikhuatiri telah meninggal dunia selepas satu gempa bumi melanda Osaka pagi tadi (18 Jun).



Menurut perangkaan rasmi oleh pihak berkuasa sekitar 11.45 pagi tadi waktu tempatan (10.45 pagi waktu Singapura), sekurang-kurangnya 61 orang cedera.



Gempa bumi sekuat 6.1 pada skala Richter itu melanda Osaka pada 7.58 pagi waktu tempatan sehingga menyebabkan gangguan pada waktu sibuk sebelah pagi ketika ramai penduduk sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dan sekolah, menurut akhbar The Straits Times.



Selain budak perempuan sembilan tahun itu, laporan media tempatan melaporkan bahawa dua lelaki berusia 80-an juga telah meninggal dunia akibat gempa bumi tersebut.



Agensi Kaji Cuaca Jepun (JMA) memberi amaran bahawa gempa susulan dengan kekuatan yang serupa boleh melanda minggu depan.



Gempa bumi pagi tadi antara lain menyebabkan kebakaran di beberapa kawasan perumahan, banjir dek paip air bocor, gangguan pada khidmat kereta api laju Shinkansen, penutupan lebuh raya serta gangguan pada rangkaian telekomunikasi.



Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, memberitahu media bahawa keutamaan pertama pemerintah ialah untuk menyelamatkan nyawa manusia.



Tambahnya, beliau telah mengarahkan kementerian untuk bekerjasama dengan pantas bagi mengumpulkan maklumat tentang kerosakan yang dialami serta berusaha menyelamatkan nyawa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >