Selangor mulai catu air

SELANGOR mulai catuan air secara berperingkat hari ini berikutan paras air berada di paras cukup genting di empangan di negeri itu, sehingga menjejas pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terjejas.

Laman Utusan Online melaporkan semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berkata, peringkat pertama catuan melibatkan pengguna di Dengkil dan Cheras ekoran penutupan loji rawatan air di Bukit Tampoi dan Cheras Batu 11.

Menurutnya, berikutan catuan itu, pengguna di kedua-dua kawasan berkenaan hanya akan menerima bekalan setiap selang dua hari.

"Kita akan hebahkan mengenai perkara (catuan) ini yang mana kita berjanji, setiap pemilik meter di Selangor akan mendapat bekalan air bersih.

"Pelaksanaan catuan ini menjadikan setiap pengguna akan mendapat bekalan air bersih setiap dua hari.

"Ini bermakna, dua hari pengguna ada bekalan air, dua hari tidak ada air. Catuan ini akan diteruskan sehingga suatu masa masalah kekurangan bekalan air bersih selesai," katanya.

Sementara itu, laman mStar Online hari ini melaporkan, kerajaan Negeri Sembilan terpaksa melaksanakan program catuan air di beberapa kawasan di Tampin dan Rembau sekiranya paras air di empangan Gemencheh terus menurun.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri itu tiada pilihan lain tetapi perlu melaksanakan catuan air jika musim kemarau berterusan.

"Paras air di empangan tersebut akan terus menurun secara berterusan kerana musim kemarau dan ia boleh menampung bekalan air untuk tempoh sehingga 25 hari jika hujan tidak turun," katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 63
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.