Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

AS semakin khuatir tentang askarnya yang lesap masuk ke Korea U tanpa khabar berita

Washington cuba pelbagai usaha hubungi Pyongyang, termasuk melalui saluran komunikasi PBB
Jul 21, 2023 | 06:02 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan yang semakin meningkat pada Khamis terhadap keadaan seorang askarnya, Prebet Travis King, yang meluru masuk ke Korea Utara dua hari lalu, dan berkata bahawa Pyongyang pernah menganiaya rakyat Amerika yang ditangkap.


Setiausaha Tentera Amerika, Cik Christine Wormuth, dalam ulasan awam pertamanya mengenai kes itu, berkata Washington telah melakukan pelbagai usaha menghubungi Pyongyang, termasuk melalui saluran komunikasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tetapi Korea Utara belum memberi sebarang maklum balas, kata para pegawai di sini.

“Saya bimbang tentang beliau, terus terang,” kata Cik Wormuth kepada Forum Keselamatan Aspen di Colorado.

Beliau memetik kes Otto Warmbier, pelajar kolej Amerika yang dipenjarakan di Korea Utara selama 17 bulan sebelum meninggal dunia sejurus selepas kembali ke Amerika dalam keadaan koma pada 2017.

“Saya bimbang bagaimana mereka melayannya. Justeru (kami) mahu mendapatkannya kembali.”

Di Rumah Putih, jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Encik John Kirby, juga menyatakan kebimbangan.

“Ini bukan negara yang terkenal dengan layanan kemanusiaan terhadap rakyat Amerika atau orang lain,” katanya.

Pegawai Amerika masih bingung tentang mengapa prebet King berlari melintasi sempadan ke Korea Utara.

Cik Wormuth mengakui Prebet King mungkin bimbang akan menghadapi tindakan disiplin selanjutnya daripada pihak tentera apabila pulang ke Amerika kelak.

Cik Wormuth berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat yang menunjukkan askar berusia 23 tahun itu adalah orang yang bersimpati terhadap Korea Utara dan Pentagon menolak kemungkinan Prebet King membocorkan maklumat perisikan.

Jurucakap Pentagon, Cik Sabrina Singh, berkata pejabat perisikan balas tentera Amerika dan tentera Amerika di Korea Selatan sedang menyiasat apa yang mendorong Privet King membuat keputusan yang membingungkan itu.

Cik Singh enggan menjawab secara langsung soalan sama ada Pentagon percaya Prebet King masih hidup.

Beliau berkata tentera Amerika tidak boleh menyatakan apa-apa mengenai status Privet King.

“Kami tidak tahu keadaannya. Kami tidak tahu di mana dia ditahan. Kami tidak tahu status kesihatannya,” kata Cik Singh sambil menyifatkan status rasminya dalam tentera sebagai ‘Awol’ atau tidak hadir tanpa cuti.

Korea Utara masih berdiam diri mengenai Prebet King dan pegawai Amerika berkata Pyongyang tidak memberi respons kepada komunikasi daripada tentera Amerika mengenai askar itu.

Media Korea Utara, yang pada masa lalu melaporkan penahanan warga Amerika, tidak mengulas mengenai insiden itu setakat ini.

Bercakap di Jepun, utusan khas Amerika bagi Korea Utara, Encik Sung Kim, berkata Amerika Syarikat “bekerja keras” untuk menentukan status dan kesejahteraan Prebet King dan terlibat secara aktif dalam memastikan keselamatan dan kepulangannya. Encik Kim tidak memberi sebarang butiran.

Prebet King sedang dalam lawatan awam ke perkampungan gencatan senjata Panmunjom pada Selasa apabila beliau melintasi Garisan Persempadanan Tentera yang memisahkan kedua-dua Korea sejak Perang Korea berakhir dengan gencatan senjata pada 1953.

Beliau didenda kerana menyerang semasa ditempatkan di Korea Selatan dan ditahan selama lebih sebulan sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon oleh tentera Amerika, untuk penerbangan komersial ke Dallas, Texas, menurut pegawai Amerika.

Sebaik sahaja melepasi pemeriksaan keselamatan, Prebet King memberitahu kakitangan syarikat penerbangan di pintu berlepas bahawa beliau kehilangan pasportnya dan kembali ke terminal, seorang pegawai lapangan terbang memberitahu agensi berita Reuters, dengan syarat namanya tidak disiarkan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >