Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Harapan nelayan di Kota Tinggi

Semoga AP bantu buka peluang tambah rezeki

Nov 08, 2022 | 05:30 AM



MENANGKAP ikan untuk mencari rezeki sudah sebati dengan jiwa Cik Kintan Yusof, 60 tahun.



Penduduk Kampung Johor Lama di Telok Sengat, Kota Tinggi, itu mula menjadi nelayan sejak umurnya 15 tahun.



Namun kini, kudratnya tidak kuat lagi, dengan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.



Hasilnya, Cik Kintan tidak lagi kerap pergi ke laut.



Kalau pergi ke laut pun, ia untuk menangkap ikan untuk dijamu sendiri dan menangkap udang untuk menghasilkan belacan.



Belacan yang dihasilkannya bersama suami dan kakak iparnya itu merupakan satu-satunya sumber pendapatan mereka kini.



"Selalunya saya buat 100 keping belacan seminggu dan paling banyak pun, 150 keping. Saya hantar terus pergi ke rumah orang.



"Kalau sikit, kami tumbuk sendiri. Kalau banyak, kami gunakan mesin," ujarnya yang menjual sekeping belacan pada harga RM4 ($1.20).



Cik Kintan bersyukur bagi bantuan yang diterimanya daripada kerajaan dahulu untuk beralih kepada sumber pendapatan yang berbeza tatkala beliau meniti usia senja kini.



Sebagai contoh, mesin yang digunakannya untuk membuat belacan itu diberikan kepadanya oleh kerajaan dahulu.



Rumah yang didiami beliau dan suami sekarang juga diberikan oleh kerajaan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebelum ini.



Meskipun bersyukur mendapat pelbagai bantuan daripada kerajaan dahulu, Cik Kintan berkata kini beliau tidak tahu ingin berjumpa dengan siapa sekiranya memerlukan bantuan, lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup dan harga barangan yang kian meningkat.



Malah, wanita yang tidak mempunyai anak itu berkata beliau tidak tahu pun siapa wakil rakyat bagi kawasan tempat beliau tinggal.



Ditanya apakah harapan beliau daripada Ahli Parlimen yang akan dipilih bagi kawasan itu dalam pilihan raya umum akan datang, Cik Kintan berkata beliau hanya berharap individu itu dapat membantu membangunkan lagi kawasan itu secara keseluruhan supaya dapat menyediakan lebih banyak peluang kepada penduduk tempatan dan menambah pendapatan mereka.



Menyingkap antara perubahan di kampung itu selama ini, beliau berkata:



"Banyak dah berubah di kampung ini. Dulu jalan raya tak ada, tanah merah saja, tapi sekarang dah ada.



"Dulu chalet tak ada, sekarang dah ada. Lebih baiklah kerana orang luar boleh masuk dan sewa untuk tinggal."



Pengunjung yang datang ke kampung itu juga gemar menyewa rakit di tengah laut untuk memancing.



Namun, pembangunan di kawasan kampung itu kian mendatar dan beliau berharap lebih banyak usaha dapat dijalankan untuk menarik pengunjung dari luar negara juga selain dari dalam negara sahaja.



"Orang Singapura contohnya kurang masuk ke sini (Kampung Johor Lama).



"Kalau di bandar Telok Sengat (kira-kira lima minit perjalanan dengan menaiki kereta dari Kampung Johor Lama), mungkin adalah. Di situ ada kedai makan dan pada malam hujung minggu, penuh sekali sampai tak ada ruang di tempat letak kereta... tapi mereka tak sampai Kampung Johor Lama ini," ujar Cik Kintan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >