Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Sempadan Australia dibuka Nov kepada warga yang sudah lengkap vaksinasi

Oct 02, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Australia akan membuka semula sempadan antarabangsanya mulai bulan November kepada warganegaranya yang sudah lengkap vaksinasi.



"Sudah waktunya kita mengembalikan kehidupan rakyat Australia," kata Perdana Menteri Scott Morrison. semalam.



Namun kelonggaran pergerakan ini tidak akan dibuka kepada warga asing tetapi sedang berusaha untuk membawa para pelancong kembali ke pantai.



Pada masa ini, individu hanya boleh meninggalkan Australia dengan alasan tujuan pekerjaan atau mengunjungi saudara yang meninggal.



Kemasukan warganegara dan yang lain diberikan dengan pengecualian, tetapi amat terhad.



Ini menyebabkan puluhan ribu orang masih terkandas di luar negara, lapor BBC.



Sejak Mac 2020, hanya beberapa individu Australia dan yang lain dibenar memasuki negara ini kerana peraturan yang ketat.



Perjalanan keluar juga dilarang tanpa pengecualian.



Dasar yang dilaksanakan ini dipuji kerana membantu mengekang penularan Covid-19.



Negeri-negeri yang merekodkan kadar vaksinasi melepasi 80 peratus akan diberi kebebasan pergerakan.



Australia menutup sempadan antarabangsa pada Mac 2020 sebagai tindak balas terhadap wabak itu, dan membenarkan kemasukan ke negaranya hanya kepada warganegara dan penduduk tetap.



Mereka pula diwajibkan menjalani kuarantin di hotel selama dua minggu dengan perbelanjaan mereka sendiri.



Warganegara Australia dan penduduk tetap juga dilarang keluar dari negara itu tanpa kebenaran khas.



Australia perlu capai sasaran 80 peratus populasi dewasanya divaksin sebelum mempertimbangkan pembukaan semula sempadan.



Awal minggu ini, penduduk Sydney yang sudah menerima vaksin Covid-19, bakal 'bebas' daripada sekatan panjang akibat penularan wabak itu, menjelang pertengahan bulan depan.



Pihak berkuasa Australia mengumumkan 'rangka tindakan untuk kebebasan', Isnin lalu ini, sejajar penurunan kes Covid-19 di Sydney.



Perintah berkurung di rumah dijadualkan ditarik balik di Sydney dan sekitar New South Wales apabila kadar vaksinasi dua dos mencapai 70 peratus.



Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian, berkata kadar vaksinasi itu dijangka dicapai pada 11 Oktober depan.



Australia dianggap antara negara yang berjaya menangani krisis Covid-19 jauh lebih baik daripada banyak negara maju lain.



Negara itu hanya rekodkan 34,000 kes dan kurang 1,000 kematian.



Kejayaan ini susulan penutupan sempadan negara itu sejak pandemik bermula.



Lebih 52 peratus penduduk Australia berusia 16 tahun dan ke atas sudah menerima "vaksin dua kali", menurut laman Jabatan Kesihatan Australia



Pada Fasa C kelak, semua sekatan pergerakan dan perjalanan untuk rakyat Australia yang telah diberikan vaksin akan dimansuhkan.



Perjalanan antarabangsa akan dikembalikan secara berperingkat.



Pada Ogos, Qantas mengumumkan mulai pertengahan Disember, penerbangan akan bermula dari Australia ke "destinasi-destinasi selamat dari Covid", yang mungkin termasuk Singapura, Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, dan Canada.



Tiga perkhidmatan setiap minggu antara Singapura dengan Darwin disediakan mulai 20 Disember dan tertakluk kepada kelulusan pihak kawal selia dan pemerintah, kata Jetstar Asia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >