Semua urus niaga di Indonesia kini perlu gunakan matawang rupiah

JAKARTA: Bermula esok, semua tiket penerbangan, sewa hartanah dan kadar bilik hotel di Indonesia perlu dibayar menggunakan matawang rupiah.

Penggunaan matawang rupiah merupakan sebahagian usaha membantu memperkukuhkan matawang tersebut yang semakin melemah.

Bank pusat Indonesia, iaitu Bank Indonesia, hari ini mengesahkan penggunaan matawang rupiah berkuatkuasa 1 Julai ini.

Peraturan yang melarang penggunaan matawang dolar Amerika Syarikat bagi kebanyakan urus niaga domestik telah diumumkan, April lalu.

Bank Indonesia hari ini telah menyediakan lebih banyak perincian mengenai peraturan yang bertujuan mengawal permintaan bagi dolar Amerika, lantas mengurangkan tekanan kepada matawang rupiah.

"Ini adalah mengenai soal kedaulatan negara," kata Encik Lambok Siahaan, kakitangan khas Lembaga Gabenor Bank Indonesia semalam.

"Permintaan matawang berlebihan mempunyai kesan kepada kadar pertukaran dan inflasi di Indonesia," tegasnya lagi. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.