Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS senaraikan anak Osama, Hamza, sebagai pengganas global

Jan 06, 2017 | 12:16 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat secara rasmi menyenaraikan seorang anak Osama bin Laden sebagai "pengganas global" pada Khamis (5 Jan), dan memberi amaran dia, yang telah menggesa dilakukan serangan di seluruh dunia, menimbulkan risiko kepada keselamatan Amerika.



Hamza bin Laden, 27 tahun, yang telah berjanji akan mengambil alih tanggungjawab ganas bapanya dan membalas dendam atas kematiannya, sedang "terlibat secara aktif dalam keganasan", kata Jabatan Negara Amerika, lapor New York Times.



Meletak Hamza dalam senarai itu, yang secara rasmi dikenali sebagai senarai Pengganas Global Yang Ditetapkan Khas, memberi pegawai kemudahan undang-undang untuk mengurungnya dan menghalang pergerakan dan transaksinya.



Ia juga satu peringatan mengenai kempen pengganasan berterusan Al-Qaeda, yang ditubuhkan Osama bin Laden, dan sekutu-sekutunya, dan matlamatnya merekrut dan melatih militan generasi baru.



Hamza, salah seorang daripada 23 anak Osama bin Laden, dinamakan sebagai ahli kumpulan pengganas itu pada 2014 oleh pengganti ayahnya, Ayman al-Zawahri.



Sejak itu, dalam satu siri mesej rakaman, Hamza menggesa dijalankan serangan ke atas ibu negara Barat dan memberi amaran kepada rakyat Amerika mereka akan "dijadikan sasaran di Amerika dan di luar negara", kata Jabatan Negara.



Tahun lepas, dalam video yang dikeluarkan oleh saluran media Al-Qaeda, As-Sahab, dia berikrar akan membalas dendam di atas kematian bapanya, dan memberi amaran kepada rakyat Amerika jika mereka berasa pembunuhan bapanya oleh tentera Amerika pada 2011 " dibiarkan tanpa sembarang hukuman, maka anda silap".



Dari usia muda, Hamza menyatakan minat menyertai kempen pengganasan bapanya. Semasa kanak-kanak, dia muncul dalam filem propaganda, dan dokumen yang ditemui selepas kematian bapanya menunjukkan dia sedang dipersiap bagi memainkan peranan kepimpinan dalam Al-Qaeda.



Hamza antara segelintir anak Osama bin Laden yang secara terbuka menyatakan kesediaan mengikut jejak langkah bapa mereka.



Amerika tersilap berkata Hamza antara yang mati dalam serbuan tenteranya yang membunuh Osama bin Laden di rumahnya di Abbottabad, Pakistan, dan kemudian mengeluarkan pembetulan bahawa yang terkorban ialah seorang lagi anaknya, Khalid, dan Hamza tiada di rumah ketika itu.



Ibu Hamza, Khairiah Sabar, berasal dari Arab Saudi dan antara mereka yang ditangkap dalam serbuan itu tetapi dibebaskan kemudiannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >