Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Senator Cruz elak sokong Trump dalam ucapan di konvensyen Republikan

Jul 21, 2016 | 11:33 AM



CLEVELAND (Ohio): Senator Ted Cruz, bekas pesaing utama calon presiden parti Republikan, Encik Donald Trump, mungkin menimbulkan kekacauan terbesar dalam Konvensyen Kebangsaan Republikan setakat ini apabila beliau memberitahu perwakilan supaya "undilah ikut hati nurani anda", daripada menyokong jutawan New York itu.



Senator dari Texas itu berada di tempat kedua di belakang Encik Trump semasa kempen untuk menjadi calon presiden parti itu awal tahun ini. Semasa kempen, beliau, seperti kebanyakan calon lain, menghadapi penghinaan dan kritikan memalukan daripada Encik Trump, yang menggelar Encik Cruz pembohong.



Pada mulanya Senator Cruz seolah-olah akan mengejutkan konvensyen itu, yang masih cuba membuat anggota parti bersatu menyokong Encik Trump, dan perwakilan kelihatan bersedia memberi Encik Cruz tepukan gemuruh.



"Tolong janganlah duduk dalam rumah pada November," kata Senator Cruz, disusuli tepukan dan sorakan agar beliau menyokong Encik Trump.



Namun, perwakilan dengan cepat bertukar mengebu beliau dan memekik 'Kami mahu Trump', apabila Encik Cruz meneruskan ucapannya.



"Jika anda sayang negara kita dan jika anda sangat sayang anak-anak anda sebagaimana yang saya tahu, berdirilah, dan bersuaralah, dan undilah ikut hati nurani anda, undilah calon yang anda percaya akan mempertahankan kebebasan kita dan akan taat setia pada Perlembagaan," kata beliau.



Terdahulu dalam konvensyen itu, pasukan anti-Trump yang diketuai perwakilan yang menyokong Encik Cruz cuba membuat perubahan peraturan yang akan membolehkan perwakilan mengundi mengikut hati nurani mereka.



Menyedari penolakan Encik Cruz itu, para pembantu Encik Trump bergegas menampilkan beliau di dewan konvensyen, sedang Encik Cruz menggulung ucapannya, untuk bersorak dan melambai-lambai kepada hadirin bagi mengalihkan perhatian mereka daripada senator Texas itu.



Encik Cruz menyebut nama Encik Trump hanya sekali semasa berucap, pada awal ucapannya, untuk mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya terpilih menjadi calon presiden parti Republikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >