WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon memberi amaran ketegangan politik yang semakin meningkat dan ancaman keselamatan dari kumpulan militan Negara Islam (IS), yang disokong puak Sunni, boleh menjerumuskan Iraq menjadi krisis yang lebih buruk.
Beliau berkata beliau "amat kecewa" dengan serangan kejam yang dijalankan IS termasuk hukuman pantas, kanak-kanak lelaki yang diambil secara paksa dari rumah mereka untuk menyertai mereka dan gadis yang diculik atau diperdagangkan sebagai hamba seks.