Sentimen pengundi di Kedah dan Johor tidak serupa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sentimen pengundi di Kedah dan Johor tidak serupa

May 6, 2018 | 5:30 AM

Sentimen pengundi di Kedah dan Johor tidak serupa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DR SERINA RAHMAN: Zamil Pelawat di Iseas-Institut Yusof Ishak berasa ragu Johor akan jatuh ke tangan pembangkang. Beliau mengatakan bahawa sokongan generasi kepada Umno, kekuatan wanita Umno dan kesangsian terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP) terlalu kuat untuk diatasi.
DR SERINA RAHMAN: Zamil Pelawat di Iseas-Institut Yusof Ishak berasa ragu Johor akan jatuh ke tangan pembangkang. Beliau mengatakan bahawa sokongan generasi kepada Umno, kekuatan wanita Umno dan kesangsian terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP) terlalu kuat untuk diatasi. -

SUASANA di Kedah dan Johor ada kesamaan - terdapat ramai pengundi tinggal di kawasan kampung - tetapi sentimen pengundi di dua negeri itu tidak serupa.

Mereka mengundi kepada siapa yang mereka percayai dan keupayaan parti menangani segera masalah mereka.

Membentangkan beberapa faktor yang mempengaruhi pengundi dari ketinggian gunung Jerai di Kedah ke pantai di Selat Tebrau, Johor, Zamil Pelawat di Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Serina Rahman, membuat jangkaannya - satu mungkin jatuh ke pangkuan pembangkang dan satu kekal dalam genggaman Barisan Nasional (BN).

Dalam menambat hati pengundi, Dr Serina berkata BN mengetengahkan hak Melayu, Islam sebagai agama utama, perlindungan pada sistem beraja, dan faedah seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pakatan Harapan (PH) pula mengutarakan kesungguhan menjatuhkan pemimpin BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana pentadbiran lemah dan masalah rasuah termasuk skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), 'menjual' Malaysia kepada China, kos kehidupan yang tinggi dan menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada cukai penjualan. Kekuataan PH adalah pada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Parti Islam SeMalaysia (PAS) pula menawarkan 'jalan ke syurga' dengan mengetengahkan bagaimana memenuhi tuntutan agama, pelaksanaan undang-undang syariah dan hukum hudud, menukar GST kepada sistem cukai Islam.

Namun, reaksi pengundi di dua negeri itu berlainan.

Johor merupakan tempat lahir dan kubu kuat Umno.

Rakyat Johor taat pada sultan dan keluarganya, sedar tentang konflik antara keluarga sultan dengan Tun Dr Mahathir dahulu, dan menyokong pasukan BN yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin yang dikaitkan dengan pelbagai pembangunan di negeri itu.

"Mereka sayang Sultan dan Khaled Nordin," kata Dr Serina.

Mereka tidak suka Datuk Seri Najib dan malah menyalahkannya berhubung kos hidup yang tinggi dan GST yang menjejas mereka.

Maka itu, mereka berasa tanpa Najib, BN berada dalam kedudukan baik.

Sikap ini cuba dimanfaatkan oleh PH, kata Dr Serina.

Pengundi Johor juga tidak suka Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan tidak nampak penyandang Lim Kit Siang di Iskandar Puteri.

Di Kedah pula, sentimennya kuat kepada Tun Dr Mahathir kerana mengenang kehidupan baik dan projek semasa di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri itu.

PPBM juga diketengahkan sebagai parti bersatu dan nasionalis.

Anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, juga mampu menggembleng pengundi muda.

Rakyat Kedah juga marah terhadap layanan buruk yang diberi terhadap Dr Mahathir.

Berdasarkan faktor yang dibentangkan dan sentimen pengundi, Dr Serina menjangka Kedah jatuh ke pangkuan PH kerana legasi dan ketaatan kepada Mahathir sangat kuat.

Beliau ragu Johor akan jatuh.

"Saya fikir sokongan generasi kepada Umno, kekuatan wanita Umno dan kesangsian terhadap DAP terlalu kuat untuk diatasi.

"Mereka mungkin kehilangan kerusi dan undi tetapi tidak akan jatuh," rumus beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg