KUALA LUMPUR: Perbahasan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno yang bersambung semalam menyaksikan pembahas membidas perlakuan mereka yang tidak setia kepada Umno dan menentang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Antara mereka ialah wakil Perak, Datuk Hamzah Mohd Kassim, yang mempertikaikan kesetiaan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada parti, lapor Berita Harian Online.