KUALA LUMPUR: Angka kematian rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria meningkat kepada 19 orang apabila seorang lagi lelaki terbunuh di negara bergolak itu.
Abd Ghani Yaacob, 31 tahun, yang berasal dari Pendang, Kedah, dipercayai terbunuh dalam satu pertempuran di wilayah Al Khair pada 17 April lalu, lapor Utusan Malaysia semalam.