Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Seorang lagi militan ISIS Malaysia mati di Syria

Apr 21, 2016 | 12:20 PM



PETALING JAYA: Seorang lagi militan Malaysia yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh di Syria, menjadikan jumlah kematian 19 orang.



Abd Ghani Yaacob, yang berasal dari Kedah, dipercayai terbunuh selepas ditembak di dada semasa pertempuran berhampiran kawasan Al Khair pada 17 Apr, lapor Utusan Malaysia.



Dikenali sebagai Abu Bashir dan Abu Kedah dalam kalangan rakan-rakan militan, dia difahamkan tertarik kepada kegiatan ISIS melalui Facebook tiga tahun lalu.



Abd Ghani, 31 tahun, kemudian pergi ke Turkey pada Disember tahun lalu dengan bantuan rakan-rakan warga Malaysia, sebelum memasuki Syria secara haram.



Kematiannya disahkan oleh penolong pengarah utama Cawangan Antipengganasan Bahagian Khas Bukit Aman, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.



Beliau berkata Abd Ghani dikaitkan dengan beberapa militan ISIS lain dari Kedah, seperti Ismail Ishak, yang dilaporkan terbunuh pada September tahun lepas.



Berdasarkan risikan yang diperoleh polis, Abd Ghani tidak berpangkat tinggi dalam kumpulan pengganas itu.



Dia pergi ke Syria selepas menceraikan isterinya lima hari selepas menikahinya, kata SAC Ayub Khan.



"Dalam kes ini, Abd Ghani pergi ke Syria dahulu sedang beberapa yang lain menunggu giliran mereka untuk menyertainya. Bagaimanapun, kami bertindak pantas menahan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia, merujuk kepada enam orang yang didakwa di mahkamah pada Rabu (20 April) kerana kaitan dengan ISIS.



Warga Malaysia terakhir dilaporkan terbunuh di Syria ialah Ahmad Salman Abdul Rahim, 39 tahun, yang mengalami kecederaan maut semasa pertembungan dengan tentera Presiden Syria Bashar al-Assad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >