Seorang maut, 19 cedera dalam dua letupan bom di Thailand

BANGKOK: Dua letupan di Thailand membunuh seorang wanita dan mencederakan 19 orang, termasuk warga asing, di bandar peranginan tepi pantai popular di Hua Hin pada lewat Khamis (11 Ogos), kata polis.

Letupan itu berlaku selang 30 minit berhampiran bar-bar di daerah yang rancak pada waktu malam selepas 10 malam.

"Seorang wanita Thai terbunuh dan 19 orang cedera kesemuanya dalam dua letupan bom itu," kata seorang pegawai polis tempatan dari Hua Hin.

"Tiga dalam keadaan serius dan tujuh daripada yang cedera ialah warga asing - empat wanita dan tiga lelaki," katanya.

Menurut laporan, wanita Thai yang terbunuh dalam letupan pertama ialah seorang penjual betik di jalanan.

Seorang pegawai polis tempatan berkata pegawai masih menyiasat motif dan bahan letupan yang digunakan.

Foto yang disiarkan dalam akhbar tempatan menunjukkan pekerja kecemasan memindahkan mangsa dari kawasan itu dan beberapa pelancong asing dengan luka-luka kecil dan kecederaan berkumpul di sebuah hospital tempatan untuk rawatan.

Letupan kecil perkara biasa di Thailand disebabkan ketegangan politik yang semakin meningkat, tetapi tidak banyak berlaku sepanjang setahun lalu dan destinasi pelancongan jarang dijadikan sasaran.

Hua Hin sebuah bandar peranginan mewah di selatan Bangkok yang popular dengan pelancong tempatan dan asing.

Pengeboman itu berlaku menjelang cuti hujung minggu panjang sempena hari lahir Ratu Sirikit pada Jumaat dan beberapa hari sebelum ulang tahun pengeboman besar terakhir di Thailand, di sebuah kuil Hindu di Bangkok pada 17 Ogos tahun lalu, yang mengorbankan 20 orang, kebanyakannya pelancong asing. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.