Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Seorang maut, 30 cedera dalam letupan di selatan Thailand

Aug 24, 2016 | 09:28 AM



BANGKOK: Sebuah bom kereta besar meletup di luar sebuah hotel di wilayah selatan Thailand pada Selasa (23 Ogos) malam, membunuh seorang dan mencederakan lebih 30 orang, sebahagian daripada mereka kritikal, kata polis.



Walaupun kawasan itu bukan kawasan pelancongan popular, Thailand kini tegang menyusuli rentetan letupan kecil tetapi terselaras awal bulan ini di bandar-bandar peranginan di utara.



Ini sekali gus meningkatkan kebimbangan pemberontakan di selatan mungkin telah merebak.



Letupan terbaru melanda sejurus sebelum tengah malam di luar sebuah hotel di pinggir Pattani, satu daripada tiga wilayah selatan majoriti Muslim yang mengalamai pemberontakan 12 tahun.



"Setakat ini seorang terbunuh dan lebih 30 cedera," kata Mejar Jeneral Thanongsak Wangsupa, komander polis wilayah Pattani.



"Bangunan hotel rosak teruk," katanya.



Seorang kakitangan hospital berkata 32 orang cedera, lima daripada mereka kritikal. Semuanya warga Thai, tambah beliau, yang enggan namanya disiar.



Kebanyakan kedutaan asing memberi amaran kepada warga masing-masing daripada melakukan perjalanan ke Pattani kerana konflik panjang antara kerajaan dan pemberontak Islam yang mencari autonomi.



Tembakan dan bom tepi jalan hampir setiap hari mengorbankan lebih 6,500 jiwa sejak 2004, kebanyakannya orang awam.



Kepimpinan junta Thailand meremehkan cadangan bahawa pemberontakan itu mungkin telah merebak.



Bagaimanapun siasatan polis ke dalam serangan awal bulan ini semakin menunjuk ke arah selatan, dengan pegawai kanan Thailand berkata pada Isnin bahawa kebanyakan mereka yang terbabit dalam letupan itu dipercayai Muslim berasal dari selatan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >