Seorang maut dalam serangan pisau di London, remaja bermasalah mental ditahan

LONDON: Seorang wanita maut dan lima orang cedera apabila seorang lelaki berusia 19 tahun yang disyaki mempunyai masalah kesihatan mental mengamuk dengan pisau di pusat bandar London.

Polis dipanggil pada 10.33 malam pada Rabu (3 Ogos, pagi Khamis waktu Singapura) selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau mula menyerang orang ramai di Dataran Russell di London, sebuah taman berhampiran kawasan satu pengeboman bunuh diri pada 2005.

"Tanda-tanda awal menunjukkan kesihatan mental faktor penting dalam kes ini dan ia satu jalur siasatan utama," kata Penolong Pesuruhjaya (AC) Mark Rowley daripada Polis Metropolitan London.

"Tetapi sudah tentu pada peringkat ini kita perlu berfikiran terbuka mengenai motif dan pengganasan sebagai motif kekal sebagai salah satu jalur siasatan," kata AC Rowley, pegawai antipengganasan paling kanan di Britain.

Beliau sebelum ini memberi amaran bahawa kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) sedang cuba menjadikan radikal orang-orang terdedah yang mempunyai isu kesihatan mental bagi melancarkan serangan.

AC Rowley berkata dalam beberapa operasi, komander polis mendapatkan nasihat daripada pakar psikologi.

Dalam kejadian Rabu lalu, polis tiba dalam masa lima minit setelah dihubungi dan menggunakan pistol kejutan elektrik Taser semasa menahan suspek.

Mangsa wanita itu dirawat di tempat kejadian tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Mangsa lain - seorang wanita dan empat lelaki - sedang dirawat.

Datuk Bandar London, Encik Sadiq Khan, berkata pada Khamis bahawa keselamatan penduduk London keutamaan beliau dan menggesa orang ramai supaya bertenang dan berhati-hati. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.