Seorang penyerang Dhaka dikatakan pelajar varsiti swasta di M'sia

KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada tujuh militan yang menyerang sebuah kafe di Dhaka Jumaat lalu dilaporkan ialah seorang pelajar di Universiti Monash Malaysia.

Portal berita Indiatoday melaporkan pada Ahad (3 Jul) militan yang dikenali sebagai Nibras Islam itu daripada keluarga kaya dan belajar di university swasta tersebut.

Portal itu berkata akaun media sosial yang dikaitkan dengannya menunjukkan dia "Bendahari di Perkhidmatan Pelajar Antarabangsa Universiti Monash".

Akhbar New Straits Times (NST) Malaysia berkata kesahihan laporan itu belum dapat disahkan.

Ia memetik sumber dalaman polis Malaysia sebagai berkata Bahagian Menentang Pengganasan Cawangan Khas sedang menyiasat apakah penyerang itu pernah belajar di Malaysia.

"Kami tidak pernah mendengar nama 'Nibras Islam', tetapi kami akan semak dengan pihak pengurusan universiti apakah dakwaan itu benar," beliau dipetik sebagai berkata oleh NST.

Akhbar itu juga melaporkan polis telah memantau pelajar asing berkaitan syak wasangka pelibatan mereka dalam kumpulan pengganas seperti Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).

Memetik sumber, laporan itu berkata beberapa pelajar, termasuk dari Bangladesh, telah dihantar pulang ke negara asal kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan.

"Ada orang asing memasuki Malaysia sebagai pelajar sebelum berlepas ke Syria," sumber itu dipetik sebagai berkata.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 50
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.