Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sepanyol lapor kes pertama microcephaly yang dikaitkan dengan Zika

May 06, 2016 | 03:17 PM



BARCELONA: Pihak berkuasa kesihatan Sepanyol berkata lewat Khamis (5 Mei) mereka telah mengesan kes pertama di negara itu kecacatan kelahiran microcephaly pada janin seorang wanita hamil yang dijangkiti virus Zika.

"Seorang wanita hamil dijangkiti Zika dan demam denggi dan janinnya menunjukkan pelbagai kecacatan," umum pihak berkuasa kesihatan wilayah Catalonia dalam satu kenyataan.

Ia kes microcephaly yang dikaitkan dengan Zika pertama di Sepanyol.

Bayi yang dilahirkan dengan keadaan microcephaly mempunyai kepala luar biasa kecil dan kadang-kadang kerosakan otak.

Seramai 105 orang di Sepanyol telah dijangkiti virus Zika bawaan nyamuk itu, menurut statistik rasmi mulai 3 Mei.

Pihak berkuasa Sepanyol telah berkata kesemua kes - termasuk 13 wanita hamil - adalah "kes import" yang dikesan pada orang yang sama ada dari atau telah melawat negara terjejas di Amerika Latin.

Tiada vaksin atau rawatan bagi Zika, yang dalam kebanyakan orang menyebabkan hanya gejala ringan - ruam, sakit sendi atau demam. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >