Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serang hospital: Jeneral AS dakwa pihakAfghan minta serangan dijalankan

Oct 07, 2015 | 10:26 AM



KABUL: Tentera Afghanistan yang meminta Amerika Syarikat menjalankan serangan udara ke atas sebuah hospital di Kunduz yang mengorbankan 22 orang, menurut komander Amerika di Afghanistan, Jeneral John Campbell.


Ini selepas badan perubatan amal Medecins Sans Frontieres (MSF), atau Doktor Tanpa Sempadan, yang mengendalikan hospital itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai jenayah perang.


Bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia akan menunggu hasil siasatan Amerika, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan Afghanistan sebelum memutuskan apakah akan menyokong agar diadakan satu siasatan bebas.


Kenyataan oleh Jeneral Campbell pada Selasa (6 Okt) itu menandakan pengakuan pertama tentera Amerika bahawa di di balik serangan pada Sabtu (3 Okt) lalu itu.


Bagamanapun, kenyataannya mendorong MSF mengkritik "percanggahan" dalam pengakaun Amerika mengenai serangan tersebut, yang menyebabkan pesakit mati terbakar di katil mereka dan meruntuhkan hospital itu, yang kini tidak beroperasi.


"Kami kini difahamkan bahawa pada 3 Oktober lalu, pasukan Afghanistan melaporkan mereka diserang dari kedudukan musuh dan meminta sokongan udara daripada tentera udara AS," ujar Jeneral Campbell kepada pemberita.


"Satu serangan udara kemudian dikerahkan bagi menghapuskan ancaman Taleban dan beberapa orang awam terkena secara telah sengaja."


Kenyataan beliau bertentangan dengan dakwaan tentera Ameika sebelum ini bahawa serangan itu dilakukan bagi melindungi pasukan khas Amerika di lapangan daripada serangan musuh.


Tiada respons segera daripada pegawai Afghanistan, tetapi sebelum ini mereka mendakwa bahawa pemberontak menggunakan hospital itu sebagai kedudukan untuk menyasarkan tentera dan orang awam.


MSF menuduh Jeneral Campbell melepaskan tanggungjawab ke atas kejadian itu kepada pemerintah Afghanistan.


Siasatan PBB kemungkinan tidak diadakan buat masa ini kerana Amerika dilihat sebagai dapat menjalankan penyiasatan yang boleh diyakini dan kerana kejadian itu tidak dilihat sebagai sebahagian daripada kempen sistematik yang menyasarkan orang awam, menurut sumber diplomatik.


Tidak jelas apakah MSF merancang mengambil tindakan undang-undang. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >