Serangan Belgium: Polis buru suspek daripada ISIS

BRUSSELS: Polis Belgium sedang memburu seorang suspek daripada kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) yang dilihat bersama dua suspek pengebom berani mati tidak lama sebelum mereka menyerang Lapangan Terbang Brussels dalam serangan pertama daripada dua serangan, yang turut menjejas stesen kereta api metro bandar ini, yang membunuh sekurang-kurangnya 30 orang dan mencederakan lebih 200.

Serangan pada Selasa (22 Mac) itu, yang ISIS dakwa dilakukannya, berlaku empat hari selepas penangkapan di Brussels suspek utama serangan di Paris November lalu, dan menggemparkan seluruh Eropah dan dunia, dengan pihak berkuasa segera mengkaji semula keselamatan di lapangan terbang dan sistem MRT masing-masing.

Polis Brussels melancarkan operasi di utara bandar dan menemui bom lain, bendera ISIS dan bahan kimia membuat bom di sebuah apartmen di wilayah perbandaran Schaerbeek.

Media tempatan berkata pihak berkuasa telah mengikuti maklumat daripada seorang pemandu teksi yang percaya beliau mungkin telah memandu pengebom terseut ke lapangan terbang itu.

Penyiasat berkata mereka memberi tumpuan pada seorang lelaki bertopi yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) menolak troli bagasi sarat di lapangan terbang itu dengan dua lelaki lain yang mereka percaya adalah pengebom.

Bahan letupan yang tidak digunakan kemudian ditemui di lapangan terbang itu dan seorang lelaki dilihat melarikan diri dari terminal selepas letupan.

Pakar keselamatan percaya letupan yang mengorbankan kira-kira 20 orang di kereta api metro yang melalui kawasan itu, yang menempatkan institusi Kesatuan Eropah, mungkin sebagai persediaan sebelum penangkapan dalang serangan Paris, warga Perancis Salah Abdeslam, 26 tahun.

ISIS berkata dalam satu kenyataan bahawa "tentera khalifa, yang dipasang dengan jaket bunuh diri dan membawa bahan letupan dan mesingan" menyerang lapangan terbang Zaventem dan stesen metro Maelbeek.

"Satu gambar menunjukkan tiga suspek lelaki diambil di Zaventem. Dua daripada mereka kelihatan telah membunuh diri. Lelaki ketiga, memakai jaket berwarna cerah dan topi, sedang diburi dengan giat," kata pendakwaraya Frederic Van Leeuw daalm satu sidang media.

Dua lelaki dalam pakaian gelap itu memakai sarung tangan pada tangan kiri mereka sahaja. Seorang pakar keselamatan berkata mereka mungkin menyembunyikan peledak. Lelaki yang memakai topi tidak memakai sebarang sarung tangan.

Pihak berkuasa Belgium masih menyiasat apakah serangan itu ada kaitan dengan penangkatan Abdeslam, kata Encik Van Leeuw.

"Apa yang kita khuatiri telah berlaku," kata Perdana Menteri Belgium, Encik Charles Michel, yang berikrar akan menghadapi dan mengalahkan ancaman.

Pada Rabu (23 Mac), beliau menjadi tuan rumah bagi lawatan yang telah diatur sebelumnya oleh Perdana Menteri Perancis, Encik Manuel Valls, yang telah mengisytihar: Kami sedang berperang (dengan pengganas). - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.