Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan di London: Penyerang dikenal pasti kelahiran Britain

Mar 24, 2017 | 07:47 AM



LONDON - Penyerang yang merempuh kereta ke atas pejalan kaki dan kemudian menikam seorang anggota polis di luar Parlimen Britain telah dikenal pasti sebagai Khalid Masood, seorang lelaki kelahiran Britain yang pernah disiasat oleh pegawai perisikan MI5 berhubung kebimbangan mengenai keganasan.



Angka kematian serangan Rabu meningkat kepada lima, menurut polis, dengan seorang lelaki 75 tahun yang cedera meninggal dunia di hospital.



Jumlah itu termasuk Masood, 52 tahun, yang ditembak mati oleh polis.



Serangan itu adalah yang paling dahsyat di Britain sejak 2005, apabila 52 orang terbunuh dalam serangan bunuh diri di sistem pengangkutan awam London.



Ia diikuti satu siri operasi militan yang membunuh kira-kira 280 orang di Perancis, Belgium dan Jerman dalam hanya dua tahun. Ia adalah serangan sendirian ketiga menggunakan kenderaan sebagai senjata.



Kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mengaku bertanggungjawab dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita Amaq, tetapi tidak menamakan Masood dan tidak memberi butiran. Masih tidak jelas sama ada penyerang itu ada hubungan dengan ISIS.



Menurut polis, Masood dilahirkan di daerah Kent di tenggara England dan baru tinggal di kawasan West Midlands di tengah England.



"Masood tidak termasuk dalam penyiasatan semasa dan tidak ada maklumat risikan tentang niatnya melancarkan serangan pengganas," kata Polis Metropolitan dalam satu kenyataan.



"Bagaimanapun, dia diketahui pihak polis dan mempunyai pelbagai rekod kesalahan menyerang, memiliki senjata berbahaya dan kesalahan ketenteraman awam."



Perdana Menteri Theresa May memberitahu Parlimen penyerang pernah disiasat oleh agensi perisikan MI5 berhubung kebimbangan berkaitan keganasan.



Satu sumber pemerintah Amerika Syarikat berkata Masood berminat menyertai kumpulan jihad di luar negara, tetapi tidak ada bukti dia melakukannya.



Rakan pergaulannya termasuk mereka yang disyaki berminat menyertai kumpulan jihad di luar negara.



Polis berkata, Masood tidak pernah disabitkan dengan jenayah keganasan. Sabitan pertamanya adalah pada 1983 kerana jenayah dan pada 2003 kerana memiliki pisau.



Dalam serangan pada Rabu, Masood memecut keretanya di Westminster Bridge dan melanggar pejalan kaki, merempuh gerbang Parlimen dan menikam mati seorang anggota polis, Keith Palmer, 48 tahun, sebelum ditembak mati.



Kira-kira 40 orang cedera, sebahagiannya kritikal.



Cik May melawat sebahagian mereka, kata jurucakapnya.



Polis menahan lapan orang di enam lokasi di London dan Birmingham berkaitan penyiasatan serangan itu. Mereka disyaki membuat persiapan tindakan pengganas.



Firma sewa kereta The Enterprise menyata kereta yang digunakan yang disewa daripada cawangan Spring Hill di Birmingham. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >