Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan ganas di Munich: Suspek bunuh diri, keadaan terkawal

Jul 23, 2016 | 11:04 AM



MUNICH (Jerman): Selepas tujuh ham berlakunya insiden tembakan di pusat membeli-belah dan restoran makanan segera McDonald's berhampiran yang mengorbankan sembilan orang dan mencederakan 10 yang lain, polis Munich menyatakan keadaan kini "terkawal".



Menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA), tiada warga Singapura yang dilaporkan cedera atau terjejas secara langsung akibat serangan tersebut.



Ketua Polis Munich berkata, suspek berusia 18 tahun dan berketurunan Iran-Jerman.



Pihak berkuasa negara itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu keganasan.



Dipercayai, sekujur mayat yang ditemui berhampiran tempat kejadian adalah penyerang berkenaan yang dikatakan bertindak sendirian.



Beberapa saksi menyatakan mereka melihat tiga lelaki bersenjata berhampiran pusat beli belah Olympia Einkaufszentrum.



Bagaimanapun, pihak polis berkata, menerusi kenyataan di saluran media sosial, Twitter, bahawa hanya satu mayat ditemui.



Malah, polis percaya suspek telah membunuh diri.



Sebaik berlaku kejadian, pihak berkuasa Jerman memberi amaran kepada penduduk dengan mengisytiharkan darurat - dengan perkhidmatan awam terutamanya khidmat kereta api digantung - tetapi amaran dan arahan itu kemudian ditarik balik.



Serangan kali ini merupakan serangan ganas ketiga yang dilakukan secara besar-besaran di Eropah Barat dalam masa lapan hari.



Sebelum ini, serangan dilakukan di kota Nice di Perancis. 




Pemerintah Singapura mengutuk keras serangan ganas di Munich.



"Kami amat terperanjat dan sedih atas kehilangan nyawa. Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan untuk mereka yang cedera, agar pulih segera," menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar hari ini.



MFa mengesahkan bahawa kebanyakan warga Singapura yang berdaftar dengannya berada dalam keadaan selamat.



"Kami akan terus menghubungi warga Singapura lainnya yang telah mendaftar. Kedutaan Singapura di Berlin akan juga menguhubungi pihak berkuasa tempatan untuk memastikan sama ada adanya warga Singapura yang cedera atau terjejas secara langsung dalam kejadian tersebut.



"Sehingga kini, tidak ada laporan  tentang warga Singapura yang cedera atau terjejas secara langsung akibat kejadian itu. Untuk warga Singapura di Munich yang belum mendaftar dengan MFA, mereka harus memberitahu ahli keluarga dan orang-orang yang disayangi bahawa mereka selamat, atau menghubungi MFA jika memerlukan bantuan segera," kata MFA lagi.



Warga Singapura harus menghubungi Kedutaan Singapura di Berlin atau talian 24 jam MFA di:



Kedutaan Singapura di Berlin 

Address: Voßstraße 17, 10117 Berlin, Federal Republic of Germany

Tel: +49 (0) 152 2341 2182 

E-mel: singemb_ber@mfa.sg 



Talian 24 Jam MFA

Alamat:  Tanglin, Singapore 248163 

Tel: +65 6379 8800, 6379 8855

Faks: +65 6476 7302

Emel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >