Serangan Jakarta: Dua lelaki diri di belakang orang ramai dan kemudian lepaskan tembakan

JAKARTA: Sedang orang ramai, termasuk wartawan dan pegawai polis, berkumpul di sebuah pos polis selepas serangan bom di pusat bandar Jakarta pada Khamis (14 Jan), dua orang berdiri dengan tenang di belakang mereka.

Beberapa saat kemudian, kedua-duanya mengeluarkan tembak dan melepaskan tembakan ke arah polis.

Orang ramai itu, yang menyangka serangan tersebut telah berakhir, terkejut dan melarikan diri lintang pukang daripada tembakan mereka.

Kejadian itu berlaku di simpang dua jalan utama di daerah perniagaan di Jakarta - Jalan M.H. Thamrin dan Jalan K.H. Wahid Hasyim.

Orang ramai berkumpul di situ sebelum itu kerana ingin tahu apa berlaku, sedang sekurang-kurangnya dua mayat bergelimpangan di jalan raya selepas serangan tersebut.

Pos kecil polis itu dibina di atas pembahagi jalan antara pusat beli-belah Sarinah dan menara Agensi Penyeliaan Pilihan Raya (Bawaslu).

Dalam satu siri gambar yang diambil oleh seorang jurugambar Tempo, sekurang-kurangnya seorang anggota polis ditunjukkan ditembak oleh dua lelaki tersebut.

Laman web berita Tempo berkata salah seorang daripada dua militan itu mengacukan tembaknya ke arah pegawai polis tersebut dan melepaskan tembakan.

Seorang lagi lelaki, yang memakai pakaian gelap, juga ditembak dan ditunjukkan gambar terlentang di jalan raya.

Tempo tidak menyebut tentang nasib anggota polis yang ditembak mahupun lelaki berpakaian gelap itu.

Gambar-gambar juga tidak menunjukkan apakah dua penyerang itu ditangkap atau ditembak mati oleh pegawai keselamatan lain.

Polis kemudian berkata lima militan, seorang warga Indonesia dan seorang warga Canada terbunuh dan lima anggota polis serta sekurang-kurangnya 20 orang awam cedera. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.