Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan Jakarta: ISIS dakwa bertanggungjawab

Jan 15, 2016 | 09:24 AM



JAKARTA: Kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mengaku secara rasmi bertanggungjawab bagi serangan di pusat bandar Jakarta pada Khamis (14 Jan) oleh militin tempatan yang menyebabkan tujuh orang maut dan lebih 20 cedera.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui saluran Telegram, kumpulan militan itu berkata pejuangnya telah melakukan "serangan bersenjata menyasarkan warga asing dan pasukan keselamatan di ibu negara Indonesia".


"Sekumpulan tentera khalifa di Indonesia menyasarkan perhimpunan daripada pakatan tentera salib yang menentang Negara Islam di Jakarta dengan menanam beberapa bahan letupan yang meletup ketika empat pejuang menyerang menggunakan senjata ringan dan bom tali pinggang," kata kumpulan itu dalam kenyataannya.


Ia melaporkan 15 orang terbunuh tetapi angka rasmi menurut pemerintah Indonesia ialah tujuh. Sebuah agensi berita kerabat ISIS juga melaporkan tentang kumpulan tersebut bertanggungjawab bagi serangan itu.


Sebelum itu, Ketua Polis Jakarta Tito Karnavian pada Khamis juga berkata ISIS bertanggungjawab bagi serangan tersebut.


"ISIS pasti di balik serangan ini," katanya kepada pemberita. Beliau berkata seorang militan ISIS Indonesia, Bahrun Naim, yang dipercayai berada di Syria, "sudah merancang ini selama beberapa waktu".


Beliau juga memberi amaran bahawa ISIS seolah-olah telah menukar strateginya.


"Sebelum ini, mereka beroperasi di Syria dan Iraq, kemudian ketua mereka, Abu Bakr al-Baghdadi, memerintah (mereka) supaya beroperasi di luar negara - Perancis, Eropah, Afrika Utara, Turkey, dan kini Asia Tenggara," kata bekas komander unit antipengganasan elit, Detachment 88.


Serangan dekat pusat beli-belah Sarinah yang popular itu adalah serangan pengganasan pertama di tanah Indonesia sejak 2009, apabila pengeboman serentak dilakukan di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton, yang menyebabkan tujuh orang mati dan 50 cedera, termasuk beberapa warga asing.


Ia juga insiden pengganasan besar pertama sejak Presiden Encik Joko Widodo mengambil alih jawatan, dan berlaku selepas ibu negara di seluruh Asia Tenggara diletak dalam keadaan berjaga-jaga pada akhir tahun lalu berikutan serangan serupa di Paris, yang juga dikesan ada kaitan dengan ISIS.


Lima bom buatan sendiri (IED) yang tidak meletup ditemui dalam sebuah beg di tempat letak kereta di luar kafe Starbucks.


"Oleh itu, kami fikir... rancangan mereka ialah menyerang orang ramai dan meneruskannya dengan letupan lebih besar apabila lebih ramai orang berkumpul. Tetapi syukur kepada Tuhan ia tidak berlaku," kata jurucakap polis kebangsaan Indonesia, Anton Charliyan.


Penganalisis pengganasan seperti Encik Radhe Bhakti berkata tangkapan baru-baru ini militan kumpulan militan di Indonesia mendedahkan mereka ada kaitan dengan ISIS dan sudah belajar membuat IED. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >