Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan Jakarta: Seorang militan dibunuh, tiga suspek ditangkap dalam serbuan polis

Jan 15, 2016 | 02:35 PM



JAKARTA: Polis Indonesia membunuh seorang militan dan menangkap tiga suspek berkaitan serangan di pusat bandar Jakarta pada Khamis (14 Jan), yang menyebabkan tujuh orang mati, termasuk lima penyerang.


Jurucakap polis, Muhammad Iqbal, memberi pemberita pada Jumaat bahawa tiga warga Indonesia ditahan dalam satu serbuan awal pagi di Depok, kira-kira 1.5 jam perjalann memandu dari pusat Jakarta.


Serbuan dilakukan oleh komando daripada Detachment 88, unit antipengganasan pada kira-kira 5 pagi Jumaat, lapor akhbar The Straits Times.


Ketiga-tiga suspek berasal dari sel pengganasan yang dikaitkan dengan Bahrun Naim, warga Indonesia anggota kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) yang dipercayai berada di Raqqa di Syria.


Polis percaya dia merancang serangan di Jakarta itu.


Pihak polis juga mengesahkan dalam satu sidang media pada Jumaat bahawa lima militan dalam serangan itu dikaitkan dengan ISI.


Dua daripada mereka mungkin bekas banduan pengganasan.


Sementara itu, keselamatan di pelabuhan Indonesia, lapangan terbang dan tempat yang sering dikunjungi warga asing, seperti kedutaan, dan tempat yang mempunyai pelaburan asing, telah dipertingkat.


Bilangan mereka yang cedera dalam serangan itu kini 26 orang, menurut polis. Ia termasuk empat warga asing dan enam pegawai polis. Selebihnya adalah warga Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >