Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan maut di hospital Afghan: Obama janji siasatan penuh

Oct 05, 2015 | 09:44 AM



KABUL: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, berjanji siasatan penuh akan dijalankan mengenai serangan udara negaranya ke atas sebuah hospital Afghanistan yang mengorbankan 19 orang.


"Jabatan Pertahanan telah melancarkan siasatan penuh, dan kami akan menunggu keputusan siasatan itu sebelum membuat penilaian muktamad tentang keadaan di sebalik tragedi ini," kata Encik Obama.


Pertubuhan Medecins San Frontieres (MSF), atau Doktor Tanpa Sempadan, berkata pesakit terbakar hingga mati di katil mereka dalam serbuan berterusan lebih satu jam awal Sabtu lepas, walaupun selepas pihak berkuasa Amerika dan Afghanistan diberitahu bahawa hospital di bandar Kunduz itu telah diserang.


"Dua belas kakitangan dan sekurang-kurangnya tujuh pesakit, termasuk tiga kanak-kanak. terbunuh; 37 orang cedera," kata badan amal perubatan itu.


Ia berkata walaupun beberapa panggilan telefon dibuat kepada pegawai tentera di Kabul dan Washington, bangunan utama yang menempat unit rawatan rapi dan bilik kecemasan bilik diserang "berulang kali, sangat tepat" hampir setiap 15 minit lebih satu jam.


Pertubuhan itu telah menarik balik kakitangannya dari Kunduz dan hospital tersebut tidak beroperasi lagi. Hospital itu satu-satunya kemudahan perubatan di keseluruhan kawasan rantau timur laut Afghanistan yang boleh menguruskan kecederaan perang besar.


Serangan udara itu berlaku beberapa hari selepas pejuang Taleban merampas Kunduz.


Pasukan Afghanistan, disokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), mendakwa telah merampas kembali bandar itu, tetapi menurut Kementerian Pertahanan, "sekumpulan pengganas bersenjata...menggunakan bangunan hospital itu sebagai kedudukan untuk menyasarkan pasukan Afghanistan dan orang awam".


Bagaimanapun, MSF menafikan itu dalam satu kenyataan pada Ahad (4 Okt).


Menggesa siasatan penuh dan telus dijalakan, ketua hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Zeid Ra'ad Al Hussein, berkata: "Serangan udara ke atas hospital boleh dikira jenayah perang." - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >