Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan maut gegar Ankara

Seramai 34 terkorban, 125 cedera
Mar 14, 2016 | 10:37 AM



ANKARA (Turkey): Serangan pengebom nekad telah menyebabkan sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh dan 125 cedera akibat letupan bom kereta di ibu negara Turki semalam. 



Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, berikrar "untuk memerangi pengganasan dan meranapkannya". Menurut beliau, tindakan pengebom nekad itu hanya meningkatkan lagi semangat pasukan keselamatan Turkey untuk menangani ancaman itu.



Agensi berita AFP melaporkan, letupan berlaku pada jam 6.45 petang waktu tempatan apabila kereta yang dipandu pengebom nekad melanggar perhentian bas dekat medan Kizilay, yang merupakan kawasan komersil dan pusat pengangkutan awam yang sibuk - menyebabkan bas-bas di situ hangus dan kedai-kedai berdekatan rosak teruk.



Agensi berita Reuters pula melaporkan, rakaman dari kamera litar tertutup CCTV yang dimuat naik di YouTube menunjukkan sebuah kereta sedang memotong dua bas sebelum bergerak perlahan dan meletup.



Para pegawai berkata, letupan disebabkan oleh sebuah kenderaan yang dimuatkan dengan bahan letupan.



Pemerintah Turkey menyatakan terdapat seorang atau dua orang dalam kereta yang sengaja disasarkan ke perhentian bas.



Ini merupakan serangan ketiga ke atas Ankara dalam masa lima bulan, di kawasan yang dekat dengan pejabat perdana menteri, bangunan parlimen dan kedutaan asing, sedang Turkey berusaha menangani ancaman berkembar dari kumpulan Negara Islam (IS) dan pemberontak Kurdi.



Sementara itu, jurucakap Kementerian Ehwal Luar menyatakan, Singapura mengecam sekeras-kerasnya serangan ganas di tengah-tengah kota Ankara yang menyebabkan ramai korban dan cedera.



"Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang berduka dan mengharapkan mereka yang cedera dapat pulih segera," menurut MFA dalam kenyataannya itu.



Kedutaan Singapura di Ankara telah menghubungi semua warga republik ini yang mendaftarkan diri di Ankara dan mengesahkan keselamatan mereka.



Sejauh ini tidak ada laporan menunjukkan warga Singapura terjejas dengan kejadian itu.



Warga Singapura yang ingin mendapatkan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi pihak kedutaan Singapura di Ankara di talian: +9053-0066-7311 atau e-mel: singemb_ank@mfa.sg



Talian hotline 24 jam MFA pula ialah: +65-6379-8800 / 8855 atau e-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >