SANAA (Yaman): Bilangan korban serangan pemberontak Houthi di daerah Dar Saad di Aden, bandar kedua terbesar di Yaman, meningkat kepada hampir 100 orang, menurut ketua kumpulan bantuan antarabangsa, yang menggambarkan kejadian tersebut sebagai "hari terburuk" dalam pertempuran selama tiga bulan itu.
Pemberontak Syiah, yang dibantu unit tentera bersekutu, menyerang kawasan kediaman di pinggir utara bandar pelabuhan di selatan Yaman itu dengan menggunakan mortar serta roket Katyusha.