Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan seks malam Tahun Baru turut berlaku di Zurich dan Helsinki

Jan 08, 2016 | 11:52 AM



GENEVA: Beberapa wanita mendakwa dirompak dan diserang secara seksual di Zurich pada malam Tahun Baru, ujar polis Switzerland pada Khamis (7 Jan), sambil berkata kaedah serangan itu "sama sedikit" dengan beberapa siri serangan di Jerman.


Polis Finland, sementara itu, juga melaporkan jumlah luar biasa tinggi kes gangguan seksual di Helsinki pada malam Tahun Baru, dan berkata mereka mendapat maklumat mengenai rancangan kumpulan pencari suaka hendak melakukan gangguan seks ke atas wanita.


Timbalan Ketua Polis Helsinki, Encik Ilkka Koskimaki, berkata: "Tidak ada gangguan seperti ini pada malam Tahun Baru lalu mahupun majlis-majlis lain... Ini satu fenomena baru di Helsinki."


Di Zurich, enam wanita dilaporkan dikelilingi "beberapa lelaki berkulit hitam" yang merompak, meraba dan mencabul mereka, kata polis Switzerland, sambil menambah bahawa jumlah itu luar biasa tinggi bagi Switzerland.


Kenyataan itu menyebut tentang serangan seksual mengejut di beberapa bandar Jerman juga pada malam Tahun Baru, dan jurucakap polis Zurich, Encik Marco Cortesi, berkata "ia sama sedikit".


Lebih 120 aduan jenayah difail di Cologne, Jerman, tentang rompakan dan penderaan seksual, termasuk dua kes rogol yang didakwa dilakukan penjenayah dalam serangan terancang semasa sambutan Tahun Baru.


Di Helsinki, pengawal keselamatan yang meronda kota itu pada malam Tahun Baru memberitahu polis ada "gangguan seksual meluas" di dataran pusat tempat kira-kira 20,000 orang berkumpul bagi sambutan tersebut.


Tiga serangan seksual didakwa berlaku di stesen kereta api pusat Helsinki pada malam Tahun Baru, tempat kira-kira 1,000 pencari suaka, kebanyakannya dari Iraq, berkumpul.


"Suspek adalah pemohon suaka. Ketiga-tiga mereka ditangkap dan ditahan di tempat kejadian," kata Timbalan Ketua Polis Koskimaki.


Polis berkata dalam satu kenyataan: "Menjelang malam Tahun Baru, polis mendapat maklumat bahawa pencari suaka di kawasan ibu negara mungkin mempunyai rancangan yang sama dengan apa orang-orang yang berkumpul di stesen kereta api Cologne dilaporkan merancang lakukan,"


Namun, Encik Koskimaki berkata polis tidak melihat hubungan antara kejadian Cologne dan Helsinki.


Tidak lama sebelum malam Tahun Baru, polis Finland turut menahan enam rakyat Iraq di sebuah pusat penduduk suaka di Kirkkonummi, sekitar 30 kilometer ke barat Helsinki, kerana "menghasut kelakuan jenayah terang-terangan".


Mereka dibebaskan pada 2 Januari.


Menurut Encik Koskimaki, penahanan tersebut ada kaitan dengan maklumat yang polis terima itu.


Pada November lalu, pihak berkuasa Finland berkata kira-kira 10 pemohon suaka disyaki melakukan rogol, daripada lebih 1,000 kes rogol yang dilaporkan kepada polis tahun lepas. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >