Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan sumbang di NZ: Diplomat Malaysia dikenakan tahanan rumah sembilan bulan

Feb 04, 2016 | 01:36 PM



WELLINGTON: Seorang diplomat Malaysia yang "mengganasi" dan melakukan serangan sumbang ke atas seorang wanita di New Zealand dijatuhi hukuman dalam tahanan rumah selama sembilan bulan pada Khamis (4 Feb).


Mohammed Rizalman bin Ismail, atase tentera di kedutaan Malaysia di Wellington pada masa serangan itu, mengaku melakukan serangan sumbang itu November lalu selepas menafikan tuduhan awal cuba merogol dan pecah masuk.


Rizalman mengekori Cik Tania Billingsley ke rumahnya pada Mei 2014, menunggu kira-kira 30 minit di luar dan kemudian masuk ke dalam rumah itu dan berjalan ke dalam bilik tidur beliau telanjang dari pinggang ke bawah.


"Awak membuat Cik Billingsley berasa takut... Dia seorang wanita muda, sendirian di dalam biliknya, yang berhak berasa selamat dan terjamin di bilik tidurnya," Hakim David Collins memberitahu Rizalman semasa menjatuhkan hukuman.


Beliau berkata tindakan Rizalman telah "dirancang". Cik Billingsley tidak disentuh secara seksual dan Rizalman berharap dia akan bersetuju melakukan seks.


"Awak menyangka satu senyuman sebagai satu pelawaan seksual, awak sengaja mengekoprinya dan menunggu lama di luar rumah," kata hakim.


Rizalman akan menjalani tahanan sembilan bulan itu dikurung di dalam sebuah rumah, tetapi bukan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, dan akan dihantar pulang apabila selesai tempoh hukumannya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >