Serangan Tahun Baru di Cologne: Hampir semua suspek warga asing

COLOGNE: Pihak berkuasa Jerman berkata pada Isnin (11 Jan) hampir kesemua suspek dalam serangan terhadap wanita di Cologne semasa sambutan Tahun Baru "berasal dari luar negeri", sedang warga asing dikutuk di tengah-tengah ketegangan yang melonjak.

Penemuan awal siasatan jenayah berkaitan serangan itu diumum oleh Menteri Dalam Negeri North Rhine-Westphalia, Mr Ralf Jaeger.

"Keterangan saksi dan laporan oleh polis (tempatan) dan juga penemuan oleh polis federal menunjukkan hampir semua orang yang melakukan jenayah itu berasal dari luar," katanya.

"Nampaknya orang yang mempunyai latar belakang penghijrahan bertanggungjawab sepenuhnya bagi perbuatan jenayah itu," kata beliau kepada sebuah suruhanjaya khas mengenai keganasan tersebut.

Walaupun tiada dakwaan rasmi telah dibentangkan, Encik Jaeger berkata penyerang itu datang daripada sekumpulan lebih 1,000 orang "Arab dan Afrika Utara" yang berkumpul antara stesen kereta api utama dan katedral Gothic di bandar ini semasa sambutan Tahun Baru.

Beliau juga mengkritik polis Cologne, dengan berkata respons mereka pada malam itu "tidak boleh diterima".

Menurut laporan tersebut, 14 daripada 19 suspek datang dari Maghribi dan Algeria, manakala dua di bawah umur.

Daripada 516 jenayah yang dilaporkan, 237 merupakan kesalahan seksual dan 107 kes kecurian. Tidak ada bukti setakat ini bahawa serangan itu diatur, kata laporan tersebut.

Menteri Dalam Negeri Thomas de Maiziere berkata hakikat orang keturunan asing di sebalik banyak keganasan itu tidak boleh dirahsiakan, tetapi ia tidak harus membuat orang ramai mengesyaki semua pelarian dan pendatang.

Beliau juga berkata keganasan itu "tidak boleh diterima langsung" dan adalah penting undang-undang baru yang lebih tegas diadakan bagi menghukum pesalah.

Di tengah-tengah kebimbangan mengenai serangan balas, polis berkata sekumpulan orang menyerang enam orang Pakistan lewat Isnin di Cologne, menyebabkan dua daripada mereka dimasukkan hospital.

Tidak lama selepas itu, lima orang menyerang seorang warga Syria berusia 39 tahun.

Sementara itu, satu tinjauan oleh penyiar RTL menunjukkan 57 peratus orang Jerman bimbang jenayah akan meningkat bersama kemasukan pemohon suaka. - AFP, Reuters, Xinhua

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.