Serangan udara AS musnahkan hospital Afghanistan

KABUL - Satu serangan udara tentera Amerika Syarikat telah memusnahkan sebuah hospital kendalian Medecins Sans Frontieres (MSF) dan mengorbankan tiga kakitangan badan bantuan perubatan itu, kata seorang jurucakap Nato.

Hospital itu terletak di bandar Kunduz di utara Afghanistan.

Tentera Amerika melancarkan serangan udara itu sekitar 2.15 pagi waktu tempatan, kata jurucakap itu Kolonel Brian Tribus dalam satu kenyataan semalam.

"Serangan itu mungkin menyebabkan kemusnahan sampingan terhadap sebuah kemudahan perubatan berdekatan. Insiden sedang disiasat," katanya.

MSF berkata, sekitar 30 kakitangannya masih hilang selepas sebahagian pusat traumanya musnah akibat dibedil beberapa kali dalam pengeboman bertubi-tubi yang disifatkan badan itu sebagai "serangan udara". - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.