PETALING JAYA: Malaysia dikenal pasti sebagai negara utama di Asia Tenggara yang mempunyai 'server' paling mudah disalah guna, menyebabkan rangkaian kerajaan terdedah kepada serangan siber.
Menurut Pengarah APAC Global Research and Analysis Team Kaspersky Lab, Encik Vitaly Kamluk, pendedahan yang mengejutkan itu diperolehi hasil siasatan oleh Kaspersky Lab, yang menemui xDedic iaitu pasaran gelap untuk 'server' yang digodam yang meletakkan 2,140 'server' di Malaysia menghadapi risiko digodam.