Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Setiausaha Agung Umno mengesahkan parti itu telah memecat mantan menteri Rafidah, Daim dan Rais Yatim

May 05, 2018 | 04:19 PM



PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mengesahkan bahawa parti itu telah memecat tiga mantan menteri Umno kerana berpakat dengan pembangkang.



Bagi tindakan mereka, Tengku Adnan berkata keahlian mantan menteri kewangan Daim Zainuddin, mantan menteri perdagangan Rafidah Aziz dan mantan menteri budaya Rais Yatim telah ditarik balik secara automatik.



“Saya telah menghantarkan surat kepada mereka untuk memaklumkan bahawa mereka bukan lagi anggota Umno. Sejauh apa yang saya tahu, mereka bukan lagi veteran Umno, bukan anggota pun,” katanya kepada The Star hari ini (5 Mei).



Apabila ditanya sama ada keputusan itu telah diluluskan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Adnan berkata kelulusan itu telah lama diperolehi dan beliau tahu.



“Jadi, saya teruskan saja. Sebagai setiausaha agung parti, saya tidak dapat melihat parti ini musnah,” ujar Tengku Adnan.



Tambahnya, ketiga-tiga mantan menteri Umno itu dipecat kerana berkempen bagi pihak pembangkang, yang tidak sejajar dengan perlembagaan dan kod etika parti. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >