Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Shahidan usul segerakan perbincangan wang simpanan pekerja

Feb 21, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen (AP) pembangkang pada Isnin mengemukakan usul tergempar meminta Dewan Rakyat membahaskan isu permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.



Usul itu dikemukakan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1), bagi meminta Dewan Rakyat membahas dan menggesa kerajaan supaya segera meluluskan pengeluaran KWSP secara bersasar kepada rakyat yang terdesak.



"Pencarum sudah semakin terdesak, tambahan pula harga barang semakin naik dan kos sara hidup yang meningkat saban hari.



"Ada yang terpaksa menjual harta dan tinggal sehelai sepinggang. Sudah menjadi tanggungjawab AP untuk mengotakan janji membantu rakyat.



"Oleh demikian, saya rasa isu ini perlu disegerakan untuk dibincangkan kerana Kerajaan Perpaduan boleh mengambil langkah sama seperti dilakukan sewaktu era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri, yang 'membenarkan' pengeluaran KWSP secara bersasar dan berperingkat," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.



Mengulas lanjut, Datuk Shahidan menegaskan tuntutan pelbagai pihak yang mahu kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP adalah selaras dengan Seksyen 54 Akta KWSP 1991, yang memberi kuasa kepada KWSP membenarkan pengeluaran caruman bagi tujuan pembiayaan kelangsungan hidup.



Katanya, pencarum amat memerlukan wang hasil titik peluh mereka berikutan sesi persekolahan tahun ini akan dibuka pertengahan tahun depan, selain sambutan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.



"Berdasarkan laporan KWSP pada Disember tahun lalu, terdapat peningkatan pencarum, majikan dan pencarum aktif. Ini bererti aliran tunai tak jadi masalah (buat KWSP)," katanya.



Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, membuat keputusan 'luar biasa' membenarkan Datuk Shahidan membaca usul tergempar itu di Dewan Rakyat selepas usul itu ditolak.



Datuk Johari memberi kebenaran untuk Datuk Shahidan membacakan usul itu kerana memahami isu yang dibawa AP Arau itu adalah perkara besar.



Meskipun menolak usul itu untuk dibahaskan buat masa ini, Datuk Johari meminta Datuk Shahidan membawa semula usul berkenaan ketika perbahasan Belanjawan 2023 yang dijadualkan bermula Isnin depan.



"Insya-Allah, sesi Bajet 2023 akan berlangsung selepas 24 Februari. Saya harap Arau ketengahkan isu ini sekali lagi untuk dibahaskan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >