WASHINGTON: Sebuah video ngeri menunjukkan kumpulan militan Negara Islam (IS) memancung kepala seorang wartawan, Encik James Foley, bagi membalas dendam atas serangan udara Amerika Syarikat di Iraq.
Video itu memaparkan seorang ahli militan bertopeng memenggal kepala warga Amerika itu, yang telah hilang sejak diculik kumpulan bersenjata di Syria pada November 2012, turut mengandungi ancaman membunuh wartawan senegara yang kedua.