Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siasatan: Pesawat kehabisan minyak punca nahas penerbangan pasukan bola sepak Chapecoense

Dec 27, 2016 | 11:28 AM



BOGOTA: Siasatan awal mengesahkan pesawat yang terhempas di pergunungan Colombia bulan lalu dan membunuh 71 orang, termasuk anggota sebuah pasukan bola sepak Brazil, kehabisan minyak, kata pegawai pada Isnin (26 Dis).



Pesawat sewa khas syarikat penerbangan LaMia itu terhempas di luar Medellin pada 28 Nov, dan melenyapkan hampir keseluruhan kelab bola sepak Chapecoense Real yang dalam penerbangan ke perlawanan terbesar dalam sejarahnya.



Ketua pihak berkuasa penerbangan awam Colombia, Encik Freddy Bonilla, berkata siasatan menunjukkan pesawat British Aerospace 146 itu kehabisan minyak.



Ini menjadi teori utama punca kemalangan itu sejak muncul rakaman mengerikan juruterbangnya menghubungi menara kawalan untuk melaporkan kecemasan minyak.



Juruterbang "menyedari mereka kekurangan minyak pada masa itu. Ia tidak memadai mahupun mencukupi", kata Encik Bonilla pada satu sidang akhbar.



Namun, mereka tidak mengeluarkan amaran hingga beberapa minit sebelum kemalangan itu, katanya.



Berat pesawat itu terlebih kira-kira 500 kilogram, tetapi ini tidak kelihatan memainkan peranan "pasti" dalam nahas tersebut, ujar Encik Bonilla.



Menurut pihak berkuasa penerbangan awam, juruterbang meminta keutamaan mendarat pada 9.49 mala, (10.49 malam waktu Singapura) kerana masalah minyak.



Mereka kemudian mula turun sebelum menerima kebenaran.



Pada 9.53 malam, salah satu enjin pesawat itu berhenti. Tiga minit kemudian, keempat-empat enjinnya mati.



Pesawat itu mengisytiharkan kecemasan pada 9.57 malam kerana "kegagalan elektrik", kemudian hilang daripada radar. Seminit kemudian, juruterbang turun ke 9,000 kaki - 1,000 kaki kurang daripada ketinggian minimum bagi rantau ini.



Pada 9.58 malam, pesawat itu merempuh gunung Cerro Gordo pada kelajuan 115 knot (sekitar 209km sejam). - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >