Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siasatan: Putin mungkin luluskan pembunuhan bekas pengintip

Jan 22, 2016 | 10:04 AM



LONDON: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, "mungkin meluluskan" pembunuhan bekas pengintip Alexander Litvinenko di London.


Ini didapati oleh satu siasatan British ke atas kematian pengkritik Kremlin yang terkenal itu, melalui keracunan radiasi yang menyeksakan.


Encik Litvinenko, 43 tahun, meninggal dunia tiga minggu selepas meminum teh yang dicampur radioaktif polonium-210 - satu isotop radioaktif amat mahal yang terdapat hanya di kemudahan nuklear tertutup - di sebuah hotel mewah di London pada 2006.


Dua warga Russia, Encik Andrei Lugovoi dan Encik Dmitry Kovtun, dikenal pasti oleh polis British sebagai suspek utama tetapi percubaan mengekstradisi mereka gagal.


Dapatan siasata itu, dalam laporan setebal 300 halaman yang dikeluarkan pada Khamis (21 Jan) meletakkan tekanan ke atas Britain untuk bertindak terhadap Russia sebagai respons.


"Operasi FSB untuk membunuh Litvinenko mungkin diluluskan oleh Mr (Nikolai) Patrushev dan juga oleh Presiden Putin," kata laporan itu.


Encik Patrushev bekas pengarah FSB, pertubuhan pengganti KGB, agensi perisikan era Soviet, dan menjadi menteri keselamatan utama sejak 2008.


"Saya yakin bahawa Encik Lugovoi dan Encik Kovtun membubuh polonium-210 di dalam teko di Pine Bar pada 1 Nov, 2006," kata Hakim Robert Owen, pengerusi suruhanjaya itu, dalam laporan tersebut.


Russia menolak penemuan itu, dan menyifatkan siasatan tersebut "bermotif politik".


Balu Encik Litvinenko, Cik Marina, yang berusaha bertahun-tahun agar diadakan satu siasatan awam berhubung kematian suaminya, menggesa Britain mengenakan sekatan terhadap Russia dan larangan perjalanan ke atas Encik Putin.


Encik Litvinenko, bekas ejen KGB yang menjadi penyiasat bebas dan bekerja untuk perisikan British, menuduh Encik Putin mengarahkan pembunuhan beliau dalam satu kenyataan sebelum beliau meninggal dunia dalam kesakitan tiga minggu kemudian pada 23 November 2006.


Pembunuhannya mencetus kemarahan orang ramai di Britain selepas kesan radioaktif ditemui di pelbagai tapak di sekitar London. Ia digelar media sebagai tindakan "pengganasan nuklear" pertama di dunia.


Encik Litvinenko melarikan diri dari Russia pada 2000 dan diberi suaka di Britain. Beliau kemudian menjadi warganegara British dan memeluk Islam.


Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan London dalam keranda yang disaluti plumbum bagi mencegah kebocoran radiasi.


Setiausaha Dalam Negeri Britain, Cik Theresa Mei, berkata kerajaan akan memanggil Duta Russia ke London untuk menyatakan rasa tidak senang mereka mengenai kegagalan Moscow bekerjasama dalam siasatan ke atas kematian Encik Litvinenko.


Beliau juga memberitahu Parlimen bahawa tindakan akan diambil bagi membekukan aset berkaitan kes itu. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >