Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siasatan rasuah Jabatan Air Sabah bongkar lagi $10j dalam bank asing

Oct 11, 2016 | 10:06 AM



KOTA KINABALU: Pada hari pertama serbuannya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset bernilai RM114 juta ($37.9 juta) - termasuk wang tunai RM53.7 juta - daripada dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah.



Enam hari kemudian, mereka mengesan lebih RM30 juta disimpan di bank asing dan RM30 juta dalam bentuk geran tanah.



Dalam kes rasuah mengejutkan melibatkan pengarah jabatan itu, Awang Tahir Awang Talib, 54 tahun, dan timbalannya, Teo Chee Kong, 52 tahun, siasatan membongkar satu jejak wang yang membawa ke Singapura, Australia dan New Zealand.



Dua pegawai yang ditangkap pada 4 Okt itu didakwa mengumpulkan hampir RM200 juta daripada skim besar-besaran dan berstruktur.



Mereka sedang disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan kontrak projek biayaan federal yang dikeluarkan oleh Jabatan Air Sabah sejak 2010.



Siasatan awal menunjukkan timbalan pengarah itu memindahkan kira-kira RM29 juta ke bank di luar negara, manakala pengarahnya melakukan perkara sama melibatkan kira-kira RM1 juta, kata sumber.



SPRM juga menemui 127 hak milik tanah perumahan, pertanian dan komersial dan meletak nilainya sebagai RM30 juta melalui Jabatan Tanah dan Ukur.



Penyiasat sedang menggali lebih banyak bukti berat, kata satu sumber, sambil menambah bahawa kakitangan kanan jabatan itu mungkin turut terlibat dalam penipuan melibatkan RM3.3 bilion daripada peruntukan federal bagi Sabah sejak 2010.



"Lebih banyak tangkapan dijangka. Ia boleh melumpuhkan jabatan itu kerana ia juga melibatkan beberapa kakitangan utama lain," ujar salah satu sumber, yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiar.



Selain mengesan wang tunai yang disembunyikan di luar negara dan hak milik tanah, penyiasat merampas RM56.3 juta dalam bentuk wang tunai, sembilan kenderaan bernilai RM2.7 juta, pelbagai jenis barang kemas bernilai RM3.64 juta, dan beg tangan berjenama bernilai RM500,000.



SPRM telah membekukan RM62 juta dalam akaun bank.



Satu sumber mendakwa Tahir menyimpan kebanyakan asetnya dalam bentuk wang tunai, manakala Teo menyimpannya dalam bank dan pelaburan.



Ketika mereka ditangkap, pegawai antirasuah menemui wang tunai RM53 juta - jumlah terbesar yang dirampas SPRM - di rumah dan pejabat mereka.



Tahir menyembunyikan wang tunai berjumlah RM45 juta di rumahnya di Graceville Condominium di sini.



Timbalan Pesuruhjaya bagi Operasi SPRM, Encik Azam Baki, mengesahkan usaha sedang dibuat untuk mendapatkan kembali wang yang disimpan di luar negara melalui perjanjian Bantuan Perundangan Bersama.



Beliau berkata mungkin ada lebih banyak tangkapan apabila penyiasat mengambil keterangan daripada kontraktor dan keluarga kedua-dua pegawai yang dipercayai terlibat dalam syarikat yang menjalankan projek.



Reman lapan hari bagi kedua-dua pegawai berakhir pada Selasa (11 Okt), tetapi SPRM dijangka memohon lanjutan.



Dua lagi orang, termasuk abang Teo yang juga akauntan syarikatnya, juga ditangkap.



Kira-kira 40 saksi telah disoal setakat ini berkaitan projek yang didakwa diberi kepada syarikat keluarga berkaitan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >